Rabu, 21 Agustus 2013

RAHASIA TERSEMBUNYI PADA SOLAT LIMA WAKTU

Ass. Berbagi Ilmu Kepada Kawan-Kawan Tentang Rahasia Yang Ada Pada Shalat Lima Waktu. Dan Keterkaitannya Dengan Alam Ini… Semoga Memberi Pelajaran Kepada Kita Ummat Manusia ...

Subhanallah …

Baca Ceritanya

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahasia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini karna tenaga alam yaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa). Di sini juga dapat kita bahas akan rahasia diperintahkan solat diawal waktu.

Saat azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya  sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Jadi Kawan-Kawan Jangan Pernah Meninggalkan Sholat Subuh  Anda .

Waktu Dhuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Dhuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahasia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat duhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Jadi Kawan-Kawan Jangan Pernah Meninggalkan Sholat Dhuhur Anda .

Waktu Ashar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, yaitu masuknya waktu Ashar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahasia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Ashar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Ashar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah . Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Ashar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.  Jadi Kawan-Kawan Jangan Pernah Meninggalkan Sholat Ashar  Anda .

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (nteraksi) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahasia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Jadi Kawan-Kawan Jangan Pernah Meninggalkan Sholat maghrib  Anda .

Waktu Isya

Apabila masuk waktu Isya, Alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki  fase Kegelapan. Waktu Isya ini menyimpan rahasia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini bernama delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas keterkaitan waktu shalat dengan warna alam. Manusia kini Harus telah sadar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang diciptakan seperti  taichi, Yoga dan Lain sebagainya. Semuanya diciptakan  untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita  sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di karuniakan  syariat shalat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya memberi  pelajaran kepada  kita bahwa Allah S.W.T. mewajibkan shalat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Rugilah kita sebagai manusia yang amat Malas  dalam menjaga shalatnya. tapi sibuk dalam Hal Yang Lain …


SUMBER  http://trisanin.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

AdSense